Isnin, 16 Mei 2011

Bermulanya sebuah Perhubungan

Inilah al-kisahnya detik pertemuan di antara aku dan dia.
     "Tanggal 14.11.2010 genap lah setahun usia perkahwinan kami.Setelah melalui pelbagai asam garam dalam kehidupan rumah tangga sebagai seorang isteri kepada Mohd Daim B.Abu Bakar..Aku akui di usia yg masih muda, memang banyak rintangan yg telah dan perlu kami harungi..Tambahan pula hidup berjauhan dengan keluarga masing2x..Aku amat bertuah mempunyai seorang suami yang sangat prihatin dan 'agak ' boleh bersabar dengan karenah isterinya...hehehe..walaupun dirinya bkn lah seorg yg penyabar(ni fakta dr mak mertua ku)..Tp aku bahagia..Bertambah bahagia dengan kelahiran bayi kami Muhammad Naufal sebagai penyeri.
     "Menyingkap kembali detik pertemuan dan perkenalan kami(cewah)..Aku masih bersekolah di tingkatan 5. Dia masih menanti tawaran melanjutkan pelajaran..Beza usia kami hanya setahun. Dia cakap dia mula ingin berkawan dengan aku bila seorang kawannya yang juga satu sekolah dengan aku..bercerita mengenai aku padanya dan memberi no telefon aku padanya..Bila aku ty balik."mcm mna dapat no aku?" dia cakap kwan dia ambil no aku dalam buku register kehadiran di pejabat.xtau la btul ke tidak..Kemudian dia pun call aku..Nak dijadikan cerita kami terputus hubungan sebab handphone abah aku hilang..Selepas beberapa hari, kawannya yang juga budak sekolah aku(sebelah class jer) datang ke class aku dan memberi no telefon si dia kpd aku.Dan mennyuruh aku menelefonnya nanti.. Keesokan hari, selepas pulang dr sekolah, aku pun call dia..aku mengajak seorang teman menemaniku ke public telefon berhampiran rumahku. Di akhir perbualan kami, dia meminta aku menunggunya sebentar disitu..sebab dia nak datang untuk jumpa dengan aku dan melihat aku.. Selepas beberapa minit, dia pun tiba dengan menaiki motor.. Disitulah kami mula berkenalan dengan lebih rapat dan melihat rupa paras masing2x..(hahaha)..
       Perhubungan kami bermula hanya sebagai kawan..tidak berapa lama kemudian barulah dia memberitahu aku untuk berkawan dengan lebih serius...Walaupun aku terima dia tp sebenarnya aku hanya nak 'suka-suka' jer..sebab aku memang tak terfikir untuk 'couple' dan serius dengan dia..Hampir sebulan berkawan dengan dia, disebabkan satu perselisihan faham..kami berpisah..(aku mintak putus).. Seminggu kemudian, dia telefon aku semula dan meminta untuk menyambung kembali hubungan..(dia cakap dia xleh lupakan aku..hahaha).
Padahal aku pun sama..kihkih..tp disebabkan ego..faham2x lah..lagipun aku pompuan..malu la.. Akhirnya kami berkawan semula..dan kali ni xder lagi "nk main-main". Kami serius dalam perhubungan tersebut.. Selepas aku tamat sekolah, untuk pertama kalinya kami keluar bersama...wahh..malu toi..siot.hahaha.. dah la aku ni memang jenis pemalu dengan kaum lelaki ni..kalo dah kenal lama kurang la malu tu..Asal keluar jer kalo boleh xnak g makan, minum jer..hihi..cian laki aku..malu punya pasal..Tp lepas sebulan, hilang dah malu tu..kalo g makan..melantak jer.xder cover2x g dah..hahaha..
       Kalo ditanya apa yang buat aku sangkut dengan laki aku ni..urmm..sebab dia berfikiran matang(xpadan dgn usia) tp bkn dalam semua hal..Kemudian.. terlalu 'menjaga' aku dlm banyak hal, tersangat romantik (kalo merajuk mmg xleh lama..cair),cemburu (xpe..tanda sayang), dan banyak memberi dan tunjukan kasih sayang dia pada aku..(aku lak malu nk tunjuk) ngehh3x..
       Selepas setahun aku mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di IPTA Penang. Dia pulak sedang menyambung pengajian nya di IPTA di sini (jitra). Namun, hubungan kami tetap berlangsung dengan baik..gaduh-gaduh tu biasa la..Seminggu @ 2 minggu sekali aku akan balik kampung..Dan dia akan datang untuk mengambil aku (kalau xde hal penting). Kalau aku tak balik kampung, dia yang akan datang ketempat aku. Sehinggalah aku tamat belajar.
       Yang membuat aku bertambah yakin dengan dia, apabila dia membawa aku ke rumahnya,untuk berjumpa dengan maknya(mak mertuaku sekarang). Malah membawa aku ke kampungnya.(rumah tok dan tokwan). Di situ, aku dapat melihat kesungguhan nya di dalam perhubungan kami.. Perhubungan kami terus berlangsung selama 5 tahun setengah. Akhirnya, kami pun disatukan dlm ikatan pertunangan dan seterusnya perkahwinan. Amin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan